Sedikit coretan mengenai pengalaman diriku. Pengalaman ini pasti akan menjadi sejarah dalam hidupku dimana ini merupakan pengalaman yang pertama dalam hidupku berada dan turut terlibat sama dalam aktiviti untuk menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Umum 2013 (PRU-13) baru-baru ini. Ianya pasti akan menjadi sesuatu yang amat bermakna bagi diriku. Walaupun kepulanganku ke kampung bukan bertujuan untuk mengundi dek umurku yang masih belum melayakkan aku untuk mengundi, namun bagiku bahang PRU itu jelas terasa.
Aku seorang mahasiswi yang mengambil kursus Hubungan Antarabangsa dan politik tentunya menjadi salah satu kursus minor aku. Jadi terdetik dihatiku untuk merasai dan mencari pengalaman dalam suasana berpolitik sebelum aku melangkah jauh ke pengalaman yang lebih dramatik. Bagiku politik adalah suatu bidang yang penuh dengan dramanya yang tersendiri, jika nak dibandingkan dengan cerita atau dunia perfileman, politik jauh lebih terasa apa itu konsep dramatis itu sendiri. Mana tidaknya semuanya berlaku dalam keadaan yang realiti tanpa perlukan penghafalan skrip mahupun aksi yang hanya diperintah. Ramai anak-anak muda yang lebih kurang sebaya aku atau mungkin lebih tua dariku yang melayakkan mereka untuk mengundi tidak peka dan sensitif mengenai isu politik ini. Padahal mereka tidak tahu bahawa ini merupakan satu tanggungjawab yang harus mereka laksanakan. Pengundian daripada mereka sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pembentukan kerajaan. Bagaimana kerajaan ingin tahu keinginan ataupun kesilapan yang dibuat jika tanpa sokongan daripada rakyat itu sendiri.
Semasa aku berada disitu, aku sempat berbual dengan golongan remaja yang berlegar sekitar situ. Jika diikutkan kepada umur mereka, sudah selayaknya mereka untuk mengundi namun alasan yang mereka berikan adalah tidak minat politik, tidak kisah kerajaan mana yang memerintah dan ada yang mengatakan bahawa itu semua tidak penting. Sedikit sebanyak aku cuba memberanikan diri dengan yakin untuk berhujah dan memberi pendapat berdasarkan apa yang telah aku pelajari untuk memahamkan mereka tentang kepentingan sikap mereka yang seharusnya tidak mengabaikan tanggungjawab mereka kepada negara kerana itu adalah salah satu dari sistem pemerintahan demokrasi yang dijalanakan di negara kita. Selain itu, aku juga ada terserempak dengan makcik yang agak berusia yang sedang lalu lalang disekitar situ, setelah menyapa dan bersalaman dengan makcik itu, belum sempat aku bertanya soalan kepadanya, dia terlebih dahulu memberitahu kepadaku bahawa dia baru sahaja selesai menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia dan ini merupakan kali pertama dalam hidupnya keluar mengundi setelah bertahun-tahun dia tidak mengendahkan kepentingan mengundi.
Bagiku masih tidak terlambat buat makcik itu untuk melakukan perubahan kepada negara. Keberadaanku disitu sedikit sebanyak turut membantu untuk melancarkan proses pengundian agar dapat berjalan seperti yang diinginkan. Pertama kali juga bagi diriku bercakap mengenai isu politik ini kepada orang yang bertanya dan meminta pandanganku sebagai seorang mahasiswi, sedikit gugup pun ada tetapi aku cuba memberikan sedikit maklumat yang aku tahu mengenai isu ini. Kadang-kadang terasa sibuk sangat mengalahkan calon yang bertanding pula. Pengalaman ini akan ku semat dalam diariku sebagai sesuatu yang penting dalam hidupku.